GAZA, 21 JANUARI – Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Besratu (PBB) menekankan, proses pembinaan semula wilayah Palestin yang musnah akan ‘mengambil masa yang sangat lama’, walaupun dijanjikan lonjakan dalam bantuan kemanusiaan.
“Seluruh tempat itu kelihatan seolah-olah dilanda gempa bumi akibat keterukan pencerobohan,” kata Manal Abu al-Dragham kepada program Gaza Today BBC Arabic.
Pemangku pengarah agensi PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA) dalam Gaza, Sam Rose menjelaskan, bukan sekadar mengenai makanan, penjagaan kesihatan, bangunan dan jalan raya, serta infrastruktur, bahkan terdapat juga individu, keluarga, komuniti yang perlu dibina semula.
“Setiap orang di Gaza telah trauma dengan apa yang berlaku. Semua orang telah kehilangan sesuatu. Kebanyakan rumah kini musnah, kebanyakan jalan raya kini musnah,” tambahnya, yang ia akan menjadi proses pemulihan dan pembinaan semula yang panjang.
Sementara itu, Pengarah serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Hanan Balkhy berkata, mempunyai rancangan selama 60 hari untuk mengembalikan sistem kesihatan Gaza bagi memenuhi keperluan mendesak penduduk, serta mengutamakan penjagaan untuk beribu-ribu orang yang mengalami kecederaan yang mengubah hidup.
Pelan itu termasuk membaik pulih hospital di Gaza yang separuh daripadanya tidak beroperasi dan yang lain hanya berfungsi separa, dengan menubuhkan klinik sementara di kawasan paling terjejas bagi menangani kekurangan zat makanan dan mengawal wabak penyakit.
Pada masa sama, Kementerian Kesihatan Hamas di wilayah itu melaporkan, lebih 47,000 orang terbunuh dan 111,000 cedera di Gaza sejak pergolakan itu.
Sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah dipindahkan beberapa kali, sebanyak 60% bangunan dianggarkan rosak serta musnah, sistem penjagaan kesihatan, air, sanitasi dan kebersihan telah runtuh,
Di samping itu, tempat tinggal yang teruk dan juga keperluan dari segi makanan, bahan api, ubat-ubatan berkurangan.
Perjanjian gencatan senjata dilaporkan memerlukan 600 lori bantuan, termasuk 50 lagi membawa bahan api yang dibenarkan masuk ke Gaza setiap hari dalam fasa pertama yang berlangsung selama enam minggu.
Sehubungan itu, Hamas juga harus membebaskan 33 tebusan Israel sebagai balasan kepada ratusan tahanan Palestin di penjara Israel.
Dianggarkan lebih 630 lori bantuan telah menyeberang ke Gaza, dengan sekurang-kurangnya 300 menuju ke utara selepas perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan antara Israel dan Hamas berkuat kuasa pada Ahad lalu.
Lori-lori tersebut membawa masuk makanan, khemah, selimut, tilam dan pakaian yang sangat diperlukan oleh mereka yang terperangkap di luar Gaza selama berbulan-bulan ketika musim sejuk. -airtimes.my
#AirTimes #Palestin #Gaza #PBB