Home Pertahanan dan Keselamatan Konflik global: Perkongsian perisikan penting demi keamanan, keselamatan ASEAN

Konflik global: Perkongsian perisikan penting demi keamanan, keselamatan ASEAN

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Malaysia perlu mengukuhkan langkah keselamatan melalui perancangan awal dan kerjasama serantau, termasuk perkongsian maklumat perisikan, untuk memastikan keamanan dan kestabilan ASEAN.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,  perkara itu adalah sangat penting untuk memupuk keamanan dan keselamatan di rantau ini, di tengah-tengah cabaran moden yang semakin kompleks.

“Di tengah rantau ini, Malaysia mesti bersungguh-sungguh merancang dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan dengan lebih awal bagi memastikan tiada kesilapan berlaku,

“Selain itu, perkongsian perisikian dalam kalangan rakan serantau juga penting, bagi mewujudkan zon penampan di rantau ini untuk mengekang kesan konflik yang meluas, terutamanya dengan ketidakstabilan yang berterusan di Semenanjung Gaza, Rusia, Ukraine dan Sudan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AiSSE), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Saifuddin Nasutioan berkata, mewujudkan keamanan dan penglibatan peradaban adalah penting untuk mencapai pembangunan mampan dan memupuk masyarakat yang inklusif serta berbilang budaya dan rantau.

“Adalah penting untuk tidak mengabaikan ancaman jenayah transnasional yang semakin meningkat, termasuk pemerdagangan manusia, penyeludupan migran, pemerdagangan haram dadah, jenayah siber, rompakan maritim dan pemerdagangan sumber alam sekitar, senjata api serta barangan tiruan,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, Saifuddin berkata, kerajaan Malaysia telah menggariskan pelbagai strategi untuk memperkasakan keselamatan negara di bawah prinsip MADANI yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jelas daripada laporan bahawa ASEAN sememangnya menghadapi beberapa cabaran keselamatan yang ketara, yang merupakan ancaman langsung kepada keamanan serantau jika (perkara itu) tidak diambil serius,

“Kita perlu bekerjasama untuk menjadikan rantau ini selamat dan bebas daripada segala bentuk ancaman keselamatan termasuk ekstremisme dan keganasan,” ujarnya lagi.

AISSE25 yang bermula Isnin lalu hingga esok dijangka menjadikan Malaysia hab utama serantau dan global dalam inovasi keselamatan.-airtimes.my

#keselamatan #airtimes #KDN #Malaysia #ASEAN

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?