Home GlobalLebih 7 ribu tentera Korea Utara di sempadan Rusia-Ukraine

Lebih 7 ribu tentera Korea Utara di sempadan Rusia-Ukraine

by M.Daim
A+A-
Reset

KYIV, 4 NOV –  Agensi Perisikan Pertahanan Ukraine (DIU) mendedahkan lebih 7,000 anggota tentera Korea Utara yang lengkap bersenjata telah ditempatkan di kawasan berhampiran sempadan dengan Ukraine.

Menurutnya dalam satu kenyataan, anggota tentera dari Korea Utara telah dibawa dari wilayah pesisir Rusia ke lokasi berdekatan dengan Ukraine.

Jelasnya, atur gerak tersebut melibatkan melibatkan sekurang-kurangnya 28 pesawat pengangkut milik Tentera Aeroangkasa Rusia (Russian Aerospace Forces, RuAF).

“Selain ditempatkan di kawasan strategik, askar Korea Utara telah dibekalkan dengan pelbagai senjata buatan Rusia,” kata DIU.

Tambahnya, Rusia telah membekalkan raifal tempur AK-12, mortar 60mm, senjata anti armor, pelancar grenad dan peralatan penglihatan malam (Night Vision).

Kehadiran anggota tentera Korea Utara dikhuatiri akan meningkatkan ketegangan dalam geopolitik global.

Korea Selatan dan negara-negara Barat, termasuk Amerika Syarikat sebelum ini memberi amaran bahawa penglibatan tentera Korea Utara dalam konflik Ukraine boleh menimbulkan ancaman besar terhadap keselamatan serantau di Eropah dan Indo-Pasifik. – airtimes.my

#AirTimes #KoreaUtara #Rusia #Ukraine

Related Articles

Leave a Reply