Home Semasa Washington sekat individu, syarikat terlibat dengan operasi siber Iran

Washington sekat individu, syarikat terlibat dengan operasi siber Iran

by Wazien Zamri

WASHINGTON, 24 APR- Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan sekatan atas 4 orang individu dan 2 syarikat terlibat dalam operasi siber Iran.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Jabatan Perbendaharaan AS dalam satu kenyataan.

Setiausaha Rendah jabatan itu, Brian Nelson berkata, mereka yang terbabit merupakan  warganegara Iran.

Menurutnya, lebih daripada 12 buah syarikat milik AS serta badan kerajaan menjadi sasaran operasi siber Tehran. Ia dilakukan melalui  pancingan data (phishing) dan perisian hasad (malware).

“Individu dan syarikat ini didapati bekerja bagi pihak Iran’s Islamic Revolutionary Guard Corps Cyber Electronic Command (IRGC-CEC),

“Serangan siber yang dilancarkan oleh mereka melalui pelbagai cara adalah bertujuan untuk menggugat kestabilan prasarana utama AS yang akan mengakibatkan rakyat negara kita terjejas,” tambahnya lagi.

Menurut beliau, Washington akan terus menggunakan segala pendekatan yang ada untuk mendedahkan dan menyekat rangkaian operasi tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa empat individu yang ditahan juga telah didakwa dan disoal siasat oleh FBI mengenai keterlibatan mereka dalam aktiviti siber tersebut. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Iran

Related Articles

Leave a Reply