Home Semasa 5 pegawai SPRM serbu rumah, tahan Ratu Naga pagi tadi – Peguam

5 pegawai SPRM serbu rumah, tahan Ratu Naga pagi tadi – Peguam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan aktivis politik Perikatan Nasional (PN), Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga, hari ini.

Penahanan Syarul Ema Rena disahkan peguamnya, Nabila Khairuddin.

Menurutnya, sepasukan 5 pegawai SPRM menyerbu kediaman anak guamnya di Jalan Klang Lama, di sini kira-kira jam 9 pagi tadi sebelum Syarul Ema Rena ditahan dan dibawa ke Putrajaya.

“Ya, benar anak guam saya (Ratu Naga) ditahan pada 9 pagi ini, namun alasan penangkapannya belum dimaklumkan oleh pegawai SPRM,

“Justeru itu, kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang mengatakan dia tidak ditahan dan hanya dipanggil untuk rakam percakapan tidak benar,

“Saya kini berada di SPRM, Putrajaya namun sehingga kini tidak dibenarkan berjumpa dengan anak guam dan masih menunggu maklumat lanjut daripada pegawai penyiasat,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Sementara itu, Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, Ratu Naga tidak ditangkap tetapi dipanggil untuk rakaman percakapan.

Penjelasan Azam itu bagaimanapun dipertikaikan peguam Syarul Ema. -airtimes.my

#semasa #airtimes #RatuNaga #SPRM

Related Articles

Leave a Reply