GEMAS, 16 Feb – Seramai 25 pegawai dan 355 anggota Markas 10 Briged Para (10 Bgd para) terlibat dalam Latihan Peningkatan Tempur (LPT) dan Eksesais GEMPUR IX 2.0 (EGIX 2.0) yang dilaksanakan di 𝘊𝘰𝘮𝘣𝘪𝘯𝘦 𝘈𝘳𝘮𝘦𝘥 𝘔𝘢𝘯𝘰𝘦𝘶𝘷𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘈𝘳𝘦𝘢 (CARMA), Kem Syed Sirajuddin, bermula 30 Januari hingga 14 Feb lalu.
Pihak 10 Bgd Para memaklumkan, latihan yang dijalankan berkonsepkan Specific Operation – Raid bertujuan untuk menguji semua peringkat termasuk fungsi Markas Batalion sebagai staf perancang dan kompeni tempur sebagai pelaksana.
Menurutnya, eksesais ini dilaksanakan dalam 4 fasa iaitu Fasa Persiapan, Fasa Pre Deployment Training (PDT)/ Battle Procedure, Fasa Pelaksanaan/ Field Training Exercise (FTX) dan After Action Review (AAR) yang menekankan peranan dan aturgerak elemen Rapid Deployment Force (RDF) – Specific Operation (Raid).
Panglima 10 Bgd (Para), Mejar Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal hadir menyaksikan serangan akhir yang telah disinergikan dengan 𝘊𝘰𝘮𝘣𝘪𝘯𝘦 𝘈𝘳𝘮𝘦𝘥 𝘓𝘪𝘷𝘦 𝘍𝘪𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘯𝘥 𝘔𝘢𝘯𝘰𝘦𝘶𝘷𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 (CALF-MANOEUVEX) di Obj BRAVO.
“Serangan akhir ini turut melibatkan elemen Tempur RDF – 9 RAMD (Para), Kompeni Bantuan (Para), Skuadron Armor (Para), Kompeni PANDURA (Para) dan 1 x platun dari 14 RAMD (Mek) serta bantuan pesawat Ec725 dari No 10 Skn Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam menjayakan eks direncanakan,
“Perlaksanaan Eksesais ini selari dengan Direktif Latihan Panglima 10 Bgd (Para) yang menekankan kepada konsep ‘Berlatih Untuk Berperang’ bagi mengekalkan kompetensi 10 Bgd (Para) yang merupakan komponen utama TD dalam PAC-ATM,
“Pelaksanaan aktiviti ini secara langsung bertepatan dengan Teras Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-30 iaitu Agenda Pengukuhan Keupayaan,” jelas 10 Bgd Para lagi. -airtimes.my
#pertahanan #airtimes #10bgdpara #TDM