Home Teknologi Pertahanan Brunei secara rasmi mulakan operasi pesawat pengangkut taktikal C295MW

Brunei secara rasmi mulakan operasi pesawat pengangkut taktikal C295MW

by M.Daim

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) secara rasmi telah memulakan khidmat 2 buah pesawat Airbus C295.

Pentauliahan kedua-dua pesawat tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

Kedua-dua pesawat tersebut merupakan sebahagian daripada pembelian 4 buah C295 yang dilakukan oleh Brunei pada tahun 2022.

Pesawat keluaran Airbus ini telah diberikan designasi C295MW.

Airbus dalam satu kenyataan berkata, perolehan pesawat ini akan memperkuatkan keupayaan TUDB.

“Perjanjian perolehan turut meliputi perkhidmatan sokongan Airbus’ DCare yang akan menjamin kesediaan misi dan kesiagaan pesawat,” kata kenyataan itu.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan untuk menyempurnakan pentauliahan pesawat C295MW. Foto: Tnetera Udara Diraja Brunei

Sementara itu, Ketua Wilayah Asia Pasifik Airbus Defence and Space, Zakir Hamid dalam kenyataan yang sama mengucapkan tahniah kepada Brunei di atas pengoperasian C295.

“Pihak Airbus berbesar hati dalam meraikan peristiwa penting ini bersama TUDB,

“Pentauliahan pesawat ini menandakan peningkatan keupayaan TUDB dalam melaksanakan misi mereka,

“Kami menghargai kepercayaan Brunei terhadap Airbus dan mengharapkan C295MW memainkan peranan penting dalam misi TUDB,” katanya.

Jelas Airbus, pesawat C295MW yang dioperasikan oleh Brunei mempunyai kelengkapan komunikasi dan avionik terkini. Ia akan digunakan untuk misi bantuan bencana (HADR), evakuasi serta operasi mencari dan menyelamat.

Pesawat ini juga mampu untuk memainkan peranan sebagai pengangkut anggota tentera dan kargo. Selain itu, C295MW berupaya untuk memenuhi keperluan sebagai pesawat pengangkut VIP, penguguran kargo dan juga operasi lintas udara (airborne operation).

Di rantau Asia Tenggara, pesawat C295turut dioperasikan oleh Thailand, Filipina, Vietnam dan Indonesia. – airtimes.my

#AirTimes #Brunei #Airbus #C295 #DefenceMatters

Related Articles

Leave a Reply