Home Pertahanan dan Keselamatan Nahas korbankan 3 tentera: Pemandu lori mengaku tidak bersalah

Nahas korbankan 3 tentera: Pemandu lori mengaku tidak bersalah

by Nurulhuda

GURUN, 15 Feb – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Gurun atas pertuduhan menyebabkan kematian 3 anggota tentera dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan 2 minggu lalu.

Muhammad Huzaifah Azhari, 31, dari Alor Setar membuat pengakuan itu di depan Majistret Anis Suraya Ahmad selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anis Suraya Ahmad mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara antara 5 tahun hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Huzaifah didakwa memandu lori dalam keadaan merbahaya dan menyebabkan kematian kepada Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30, Sarjan Rozali Abdull Rani, 39, dan Koperal Mohd Asri Idris, 40.

Perbuatan itu dilakukan pada jam lebih kurang 10.30 pagi di Kilometer 77.5 Lebuhraya arah utara dalam daerah Kuala Muda.

“Muhammad Huzaifah yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YGBK), Ummi Kalthum Zakaria, didakwa melakukan kesalahan itu pada kira-kira jam 10.30 pagi, 2 Februari lalu, tetapi mengaku tidak bersalah,

“Sehubungan tu, Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Azmi mencadangkan jaminan RM30,000, namun Ummi Kalthum merayu jaminan minimum dengan alasan anak guamnya menanggung seorang isteri serta dua anak masih kecil,

“Anis Suraya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta lesen memandunya digantung sebelum menetapkan 6 Mac depan untuk sebutan semula,” katanya seperti dilapaor Berita Harian.

Pada 2 Februari lalu, Air Times melaporkan 3 anggota tentera maut dalam kemalangan membabitkan 3 trak Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan sebuah lori di Kilometer 77.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat Gurun.

Dalam kejadian itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Ketiga-tiga anggota berkenaan dari Pasukan 3 Rejimen Sempadan (RS) yang berpangkalan di Kem Pengkalan Hulu, Perak sedang dalam konvoi menuju ke Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Kangar Perlis untuk mengambil anggota yang menjalani Eksesais Satria Gagah.

Namun demikian, salah sebuah kenderaan konvoi berkenaan telah mengalami kerosakan yang menyebabkan mereka terpaksa berhenti di laluan kecemasan lebuh raya sebelum dirempuh oleh sebuah lori di lokasi kemalangan.-airtimes.my

#kemalangan #maut #TDM #lori #airtimes #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply