Home SemasaGlobal Serangan dron: 3 anggota tentera US maut, 34 cedera

Serangan dron: 3 anggota tentera US maut, 34 cedera

by M.Daim

AMMAN, 29 JAN – 3 anggota tentera Amerika Syarikat dan 34 lagi cedera berikutan serangan dron di kawasan sempadan Jordan-Syria.

Perkara tersebut telah disahkan oleh pihak US CENTRAL COMMAND dalam satu kenyataan.

“8 anggota tentera yang cedera telah dibawa keluar dari Jordan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak US CENTCOM menyatakan serangan berlaku di Tower 22 yang menempatkan seramai 350 orang anggota tentera US.

Tower 22 terletak di Al Tanf, berhampiran sempadan Syria, Iraq dan Jordan.

“Ia merupakan pangkalan logistik dan memainkan pelbagai perana termasuk operasi menentang Daesh (ISIS),” kata kenyataan itu.

Kumpulan Islamic Resistance in Iraq (IRI) mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut. Menurutnya, serangan dilancarkan pada hari Ahad, waktu tempatan.

“4 serangan dilancarkan – 3 di Syria dan satu ke arah Israel,” kata kumpulan itu.

Serangan terhadap kedudukan tentera US di Jordan merupakan perkembangan terbaharu di Timur Tengah. IRI merupakan jaringan kumpulan bersenjata pro Iran di Iraq. Ia merangkumi Kata’ib Hezbollah, Harakat Hezbollah al-Nujaba, Asa’ib Ahl al-Haq, dan Kata’ib Sayyid al-Shuhada.

Kumpulan-kumpulan ini pernah terlibat dalam konflik di Iraq dan Syria.

Sementara itu, pihak Amerika Syarikat menyatakan mereka akan membalas serangan yang dilancarkan pada 28 Januari itu.

Presiden US, Joe Biden menyatakan Washington akan mengambil tindakan pada bila-bila masa.

Perkara yang sama turut disuarakan oleh Setiausaha Pertahanan US, Lloyd J. Austin III.

“Kumpulan yang ditaja Iran telah bertanggungjawab untuk meneruskan serangan terhadap  tentera US,

“Kami akan bertindak balas pada masa dan tempat yang akan ditentukan,

“Saya dan Presiden (Joe Biden) tidak berkompromi dengan serangan yang dilancarkan terhadap tentera US,

“Kami akan mengambil tindakan untuk mempertahankan US dan anggota tentera kami,” kata Austin III dalam satu kenyataan. – airtimes.my

#AirTimes #global #Jordan #Iran

Related Articles

Leave a Reply