Home SemasaGlobal Steadfast Defender 2024: NATO mulakan latihan peperangan terbesar semenjak Perang Dingin tamat

Steadfast Defender 2024: NATO mulakan latihan peperangan terbesar semenjak Perang Dingin tamat

by M.Daim

MONS, 27 JAN – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah mula melaksanakan latihan ketenteraan terbesarnya dalam sejarah.

Latihan ini bermula dengan pelayaran kapal pendaratan USS GUNSTON HALL dari Virginia, Ameruka Syarikat.

Menurut NATO dalam satu kenyataan, pelayaran kapal itu merupakan titik permulaan latihan ketenteraan Steadfast Defender 24. Ia akan diikuti oleh kapal tentera laut Kanada, HMCS CHARLOTTETOWN dalam masa terekat.

“Pihak NATO akan mempamerkan keupayaan mereka untuk memperkukuhkan pertahanan kawasan Euro-Atlantik melalui pergerakan pasukan tentera dari benua Amerika Utara,

“Latihan ini turut mempamerkan kesatuan, kekuatan dan keazaman untuk negara anggota dalam melindungi rakan,” kata Komander Tertinggi Bersekutu Eropah (Supreme Allied Commander Europe, SACEUR), Jeneral Christopher Cavoli dalam kenyataan itu.

Steadfast 24 akan dilaksanakan sehingga 31 Mei 2024.

Menurut NATO, latihan ini akan dilaksanakan di pelbagai lokasi.

“Ia menjadi latihan berskala besar pertama NATO dengan melibatkan pelan pertahanan yang diperbaharui,

“Ini akan membuktikan bahawa NATO mampu untuk melaksanakan dan bertahan dalam operasi pelbagai untuk beberapa bulan dan juga kawasan yang luas,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

#AirTimes #Global #NATO

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!