Home SemasaSPRM beku 41 akaun Aman Palestin, entiti syarikat berjumlah RM15.8 juta

SPRM beku 41 akaun Aman Palestin, entiti syarikat berjumlah RM15.8 juta

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 23 NOV – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan sebanyak 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.00 pada Rabu.

Menurut SPRM,  tindakan itu diambil ekoran dakwaan pihak terbabit menyalah guna wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober 2023.

“Sebelum ini, SPRM turut membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu,

“Selain itu, siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” jelas SPRM dalam satu kenyatan hari ini.

Dalam masa yang sama, SPRM memaklumkan, pihaknya telah merakam beberapa keterangan saksi-saksi penting berhubung kes tersebut.

Tambah SPRM, hasil siasatan awal telah mengenalpasti beberapa isu melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.-airtimes.my

#SPRM #Malaysia #AmanPalestin #semasa #airtimes

Related Articles

Leave a Reply