Home Pertahanan dan Keselamatan Sejak 2013 tiada satu Menteri Pertahanan bawa isu pelarasan pencen ke Kabinet – AP Ketereh

Sejak 2013 tiada satu Menteri Pertahanan bawa isu pelarasan pencen ke Kabinet – AP Ketereh

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 NOV – Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor mendakwa tiada seorang Menteri Pertahanan dari dulu sehingga kini membawa isu pelarasan pencen tentera ke dalam Kabinet.

Jelasnya, buat masa ini, isu tersebut tidak perlu lagi dibincangkan atau dikaji dan hanya dilaksanakan mengikut undang-undang yang sedia ada.

“Sejak tahun 2013, saya tidak pernah mendengar satu pon Menteri Pertahanan termasuk Menteri sekarang yang menerajui kementerian hampir setahun membawa isu ini untuk dibincang dalam Mesyuarat Kabinet. Jika ada, beritahu saya,
“Tetapi buat masa ini, saya tidak mendengar apa-apa,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa Kementerian Pertahanan, hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan kemudian mencelah dan bertanya bagaimana Khlir yakin isu pencen tersebut tidak dibincangkan dengan Kabinet.

“Saya bangkitkan berkali-kali. Tarik balik tuduhan anda. Saya telah membawa perkara itu kepada Kabinet,

“Anda membuat tuduhan yang tidak berfakta,” katanya tegas.

Bagaimanapun, Khlir menarik semula tuduhan yang dilakukan terhadap Tok Mat selepas diminta berbuat demikian.

“Saya kata kalau bawa okay, kalau tak bawa, bawalah…okay tariklah,” katanya.

Sehubungan itu, Khlir mengesa Menteri Pertahanan untuk membawa isu pelarasan pencen tersebut di bincang dalam Majlis Angkatan Tentera (MAT) dan setersunya membawa isu berkenaan ke sidang Kabinet akan datang untuk diluluskan.

Dalam masa yang sama, Khir mengingatkan kerajaan agar membuat penyelarasan pencen bagi mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013, mengikut Akta ATM 1972.

“Sudah lebih 10 tahun mereka tunggu penyelarasan pencen ini dilaksanakan kerana ini hak mereka dan wajib dilaksanakan kerajaan. Ingin saya ingatkan sekali lagi kepada Kementerian Pertahanan, bahawa veteran bukan tagih simpati kerajaan tapi tuntut hak mereka,

“Kerajaan berdosa kepada mereka kalau tidak menjelaskan hutang tertunggak sejak 10 tahun lalu,” tegasnya lagi. -airtimes.my

#pertahanan #Parlimen #VeteranATM #MindefMalaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply