Home Semasa Agensi perisikan Turkiye bantu gagalkan penculikan hacker Iron Dome di Malaysia

Agensi perisikan Turkiye bantu gagalkan penculikan hacker Iron Dome di Malaysia

by M.Daim

ANKARA, 23 NOV – Agensi perisikan Turkiye (MIT) dilaporkan telah membantu Malaysia gagalkan penculikan oleh Mossad terhadap seorang warga Palestin di negara ini.

Menurutnya, dalam insiden pada September 2022, penculikan tersebut telah dikesan oleh MIT dan telah menghubungi pasukan keselamatan Malaysia berhubung insiden itu.

Difahamkan, penculikan tersebut melibatkan seorang individu bernama ‘Omar’ yang dikatakan mempunyai kemampuan untuk godam sistem Iron Dome. Beliau dilaporkan mempunyai latar belakang kepakaran IT dan mengatur cara perisian  (programming).

“Omar yang sedang bercuti di Kuala Lumpur telah diculik dan dibawa ke sebuah lokasi kira-kira 50 kilometer dari Kuala Lumpur,

“Beliau kemudiannya disoal siasat dan diseksa oleh sekumpulan suspek yang berkerja dengan Mossad,

“Operatif Mossad dilaporkan terlibat dalam soal siasat tersebut melalui satu panggilan video,” lapro media Turkiye yang memetik sumber agensi perisikan negara itu.

Tambahnya, Omar telah disoal siasat oleh kumpulan terbabit berhubung cara dan langkah dilakukan oleh beliau untuk menggagalkan Iron Dome dengan menggunakan Android.

“Pihak Turkiye telah menghubung Malaysia dan mengesan kedudukan Omar melalui perisian penjejakan,

“Pasukan keselamatan Malaysia telah menyerbu rumah yang menempatkan Omar dan menyelamatkan beliau,

“Operasi serbuan itu telah menyebabkan 11 suspek ditahan,” kata laporan itu.

Tambahnya, Omar kini berada dalam perlindungan kerajaan Turkiye.

Omar dilaporkan mampu untuk menggagalkan sistem Iron Dome Israel.

Selain daripada itu, pihak MIT telah melancarkan operasi menahan seorang operatif Mossad di Istanbul dengan kerjasama polis anti keganasan Turkiye.

Tambahnya, Omar telah menghasilkan perisian yang mampu menggagalkan sistem pertahanan Iron Dome Israel dan telah menjadi sasaran utama oleh pihak Israel.

Difahamkan, beliaut telah menggagalkan sistem Iron Dome pada tahun 2015 dan 2016.

Omar sebelum ini cuba ditawan dengan menggunakan helah tawaran kerja disebuah Norway tetapi beliau telah menolak kerana mengesyaki penglibatan Israel.

Namun begitu, cubaan memujuk Omar terus dilakukan dengan penghantaran sejumlah ejen Mossad di Istanbul. Cubaan tersebut kemudiannya digagalkan oleh pihak perisikan Turkiye.

Pada tahun 2022, media tempatan mendedahkan kejayaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membongkar satu jaringan perisikan Israel di negara ini. Penahanan melibatkan 11 individu dan dilaporkan mereka telah diupah sebanyak RM120 ribu oleh agensi luar negara. – airtimes.my

#AirTimes #malaysia #turkiye

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!