Home Semasa #Global: Pelajar Malaysia ditahan atas tuduhan mengintip bangunan kerajaan Norway

#Global: Pelajar Malaysia ditahan atas tuduhan mengintip bangunan kerajaan Norway

by M.Daim

OSLO, 12 SEPT – Seorang pelajar Malaysia telah ditahan dan didakwa di mahkamah Norway atas tuduhan mengintip.

Pihak mahkamah Norway telah membenarkan pasukan keselamatan negara Scandanvia itu menahan pelajar terbabit untuk tempoh 4 minggu.

Menurut laporan media Norway, pelajar terbabit ditahan pada Jumaat lalu oleh pihak Politiets sikkerhetstjeneste (Perkhidmatan Keselamatan Polis Norway).

“Kamera keselamatan telah merakam pergerakan kereta sewa pelajar terbabit,

“Apa yang menimbulkan kecurigaan adalah kewujudan isyarat radio yang tidak ketahui muncul dalam tempoh sama,” lapor Afterposten.

Laporan itu turut menyebit pelajar terbabit telah didakwa atas kesalahan mengintip bangunan kerajaan Norway termasuk Pejabat Perdana Menteri serta Kementerian Pertahanan.

“Tertuduh telah memandu dan meletakkan kenderaan sewanya di kawasan sensitif,

“Dia turut didakwa cuba memintas komunikasi elektronik dari bangunan terbabit,” kata laporan itu.

Tambahnya, pelajar terbabit telah tidak mengaku bersalah tetapi setuju untuk ditahan.

Laporan itu turut menyebut pihak pengurusan keselamatan Norway menyatakan isyarat dikesan didakwa cuba melakukan pengintipan elektronik.

Sementara itu, peguam polis Norway mengesahkan penahanan terbabit dan menyatakan siasatan telah pun dimulakan oleh pihaknya.

Thomas Blom, Peguam Polis Norway

“Ini merupakan satu isu yang serius dan siasatan akan memakan masa yang lebih lama,

“Tertuduh enggan disoal siasat tetapi kami sedang berdialog dengan peguam bela,” kata Thomas Blom yang dipetik oleh laporan VG.

Laporan tersebut menyatakan pihak peguam bela telah meminta bantuan daripada pihak Kedutaan Malaysia di Stockholm.

Laporan itu turut menyebit pelajar terbabit telah didakwa atas kesalahan mengintip bangunan kerajaan Norway termasuk Pejabat Perdana Menteri serta Kementerian Pertahanan.

“Tertuduh telah memandu dan meletakkan kenderaan sewanya di kawasan sensitif,

“Dia turut didakwa cuba memintas komunikasi elektronik dari bangunan terbabit,” kata laporan itu.

Tambahnya, pelajar terbabit telah tidak mengaku bersalah tetapi setuju untuk ditahan.

Pihak PST turut menolak penglibatan agensi kerajaan Malaysia dalam insiden ini.

Sebelum ini, pihak perisikan Norway menyuarakan kebimbangan mereka berhubung aktiviti pengintipan yang berlaku di kawasan bangunan kerajaan.

Menurut Etterretningstjenesten (Perisikan Tentera Norway), Rusia dan China merupakan ancaman besar kepada negara itu.

Norway sebelum ini pernah menahan beberapa individu warga asing atas tuduhan mengintip.- airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply