Home Pertahanan dan Keselamatan #Pertahanan: Libatkan pakar dalam proses perolehan ATM keputusan bijak, elak pembaziran – Veteran

#Pertahanan: Libatkan pakar dalam proses perolehan ATM keputusan bijak, elak pembaziran – Veteran

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 SEPT – Persatuan Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (RAFOC) menyambut baik keputusan kerajaan untuk melibatkan pakar dalam perolehan pertahanan adalah satu keputusan yang bijak.

Perkara tersebut disampaikan oleh Presiden RAFOC, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Abdul Aziz Ibrahim (Bersara) dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, keputusan kerajaan terkini mengenai perolehan pertahanan adalah dilihat sebagai langkah yang wajar, akan tetapi perlu dipersoalkan aspek ketelusan dan pertimbangan-pertimbangan lain yang penting.

“Walaupun objektif utama adalah untuk memperkasakan keupayaan dan memodenkan pertahanan negara, terdapat beberapa aspek dalam usaha ini yang perlu dinilai serta diperhalusi,” katanya.

Beliau menambah, penglibatan pakar dalam perolehan adalah perolehan pertahanan untuk menentukan senjata yang diperlukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan langkah yang bijak.

“Pendekatan menggunakan kepakaran boleh mengelakkan pembelian yang tidak perlu atau pembaziran hasil nasihat yang tempang,

“Natijahnya akan menjimatkan wang pembayar cukai dan memastikan ATM dilengkapi dengan persenjataan yang berkesan untuk melaksanakan fungsi teras,

“Pendekatan ini harus mendapat keutamaan berdasarkan penilaian ancaman dan cabaran semasa serta disesuaikan melalui proses pemerkasaan perolehan sewajarnya,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perolehan bekalan senjata yang diperlukan ATM akan diitentukan pakar berkaitan sebagai usaha untuk mengelak daripada sebarang ketirisan.

Beliau menyatakan perkara tersebut di Dewan Rakyat ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025).

Pada masa yang sama, Perdana Menteri menegaskan kebanyakan urusan perolehan aset pertahanan akan dilakukan menerusi pendekatan kerajaan dengan kerajaan (G2G) dengan negara masing-masing.

Menyentuh komitmen kerajaan terhadap G2G, Abdul Aziz menegaskan langkah tersebut harus diberikan pujian. Ini kerana pendekatan tersebut mengurangkan risiko rasuah dan memperolehi perjanjian yang lebih baik pada skala ekonomi.

“Ini  adalah penting untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam perjanjian ini untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa ke atas dana awam,

“Selain itu, memastikan perjanjian G2G ini tidak membawa kepada ketergantungan berlebihan kepada pembekal asing tunggal dan mengelak risiko kepentingan keselamatan negara jangka panjang,” katnya.

Beliau turut menyatakan adalah penting untuk kerajaan untuk memantapkan lagi kesiapsiagaan pertahanan Malaysia terutamanya dalam dunia yang menghadapi ancaman keselamatan yang tanpa ketentuan.

“Adalah penting untuk mencapai keseimbangan antara meningkatkan keupayaan pertahanan dan memastikan kebertanggungjawaban kewangan,

“Analisis kos-faedah menyeluruh harus dijadikan asas setiap keputusan perolehan,” ujar beliau. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply