Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat #Pertahananan: Tentera Darat Malaysia, Brunei tingkat keupayaan hadapi peperangan konvensional

#Pertahananan: Tentera Darat Malaysia, Brunei tingkat keupayaan hadapi peperangan konvensional

by Nurulhuda

KOTA BELUD, 12 SEPT – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Markas Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Bgd) bersama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah melaksanakan Eksesais MALBRU SETIA Siri 15/2023 dan MERTAK BERSATU Siri 13/2023.

Markas 5 Bgd memaklumkan, eksesais yang berkonsepkan Field Traning Exercise (FTX) itu dilaksanakan bermula 10 hingga 17 September 2023 di sekitar kawasan am Kota Belud, Kota Marudu, Matunggong dan Sikuati.

Menurut pihak Markas 5 Bgd, latihan ini adalah untuk menguji pemerintah dan staf di peringkat Batalion Infantri serta pasukan gabungan dalam operasi gabungan sekaligus meningkatkan keupayaan kedua-dua negara bagi melaksanakan operasi di dalam konteks peperangan konvensional.

Majlis perasmian eksesais itu telah disempurnakan oleh Panglima 5 Bgd, Brigedier Jeneral Mohd Sobirin Mohd Yusof diiringi Pegawai Memerintah Batalion Kedua TDDB, Leftenan Kolonel Pengiran Baharuddin Pengiran Ali pada Isnin.

“Majlis dimulakan dengan acara pemakaian toha kepada 5 wakil utama eksesais iaitu Timbalan Komander Rej 507 (AW) selaku Ketua Pengendali Eksesais; Pegawai Memerintah Batalion ke-22 Rejimen Askar melayu Diraja (22 RAMD) dan Ketua Kompeni Bravo TDDB selaku Ketua Pelaku Biru; Pegawai Gerakan Batalion ke-8 Rejimen Sempadan (8 RS) selaku Ketua Tim Wasit, Wakil MPLDTD selaku Ketua Tim Evaluasi dan Ketua Komp Alpha Bn Ketiga Rej 507 (AW) selaku Ketua Pelaku Merah,” jelas 5 Bgd.

Turut hadir, Komander Artileri 5 Divisyen, Kolonel Mohd Imran Ibrahim, Pegawai Memerintah 22 RAMD, Leftenan Kolonel Zain Azrai Karia dan Ketua Staf MK 5 Bgd, Leftenan Kolonel Mohd Roslaini Bujang. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply