Home PolitikPAS /PPBM / LAIN #Politik: Tun M sudah kembali ke pangkal perjuangan – Hadi Awang

#Politik: Tun M sudah kembali ke pangkal perjuangan – Hadi Awang

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Jul – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sudah ‘kembali ke pangkal perjuangan’ namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula ‘meneruskan perjalanannya’.

Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan, ahli-ahli PAS ialah Melayu yang tidak pelupa dan masih ingat bagaimana sebelum ini Tun Mahathir pernah berada di pentas mereka berkempen iaitu selepas beliau dipecat dari UMNO.

Tegasnya, Tun Mahathir juga pernah bersama-sama dengan mereka (PAS) semasa menentang pelaksanaan dasar jus soli di dalam negara.

Menurut Abdul Hadi, Presiden Pakatan Harapan (PH) itu berkempen untuk memburukkan PAS di seluruh dunia dengan mengambarkan PAS senagai sebuah parti pelampau bagi membunuh pengaruh PAS.

Tambahnya, Anwar juga berusaha untuk menguasai UMNO bersama pasukannya bagi mencapai tujuan mendapatkan kuasa berkonsepkan pragmatik dengan menghalalkan segala cara, sehinggalah dia dipecat dan kemudiannya bekerjasama dengan DAP.

“Seterusnya, berjaya memasukkan pengkhianat ke dalam UMNO dan memecahkannya kepada satu kumpulan yang telah lari daripada landasan perjuangan agama, bangsa dan tanah air,

“Dan (Anwar) juga berjaya memasukkan pengkhianat ke dalam PAS, namun golongan itu berjaya disingkirkan,” katanya seperti dimuat naik menerusi laman media sosialnya, hari ini.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata dan menyifatkan Tun Mahathir adalah kumpulan yang terdesak sehingga terpaksa sepentas dengan pemimpin PAS.

Perdana Menteri itu berkata, Dr Mahathir adalah individu yang paling kejam terhadap PAS, sekolah agama rakyat serta mangsa Memali, namun kini didokong.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi menegaskan, PAS menerima perjuangan Proklamasi Melayu kerana ia merupakan satu konsep yang memerlukan bangsa Melayu bersatu dan memimpin kerana mereka adalah penduduk asal yang bertapak bersama Islam di tanah air ini.

Beliau berkata, kini Anwar sendiri mendedahkan peranannya dalam melumpuhkan politik Melayu dan Islam serta menguatkan DAP apabila DAP meletakkannya menjadi ‘poster boy’ bagi kumpulannya, ia menjadi bukti kepada tujuan tersebut.

“Tun Mahathir kembali ke pangkal perjuangannya, Anwar pula meneruskan perjalanannya,

“Rujukan PAS dalam segala langkah politiknya ialah kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW yang menjadi petunjuk tertinggi kepada umat Islam,” jelasnya lagi.

Menurut Abdul Hadi, PAS juga menolak kerjasama dengan DAP dan parti komponennya kerana membawa prinsip wala’ yang menjadi ancaman kepada ketuanan Islam dan umatnya.

Tegasnya, ia sebagai sesuatu perkara yang jelas dan nyata dalam perlembagaan DAP yang menjadi asas dan hala tuju perjuangan parti itu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply