Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara #Pertahanan: Seorang lagi mangsa terkorban dalam letupan bom lempar

#Pertahanan: Seorang lagi mangsa terkorban dalam letupan bom lempar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Seorang jurulatih yang parah dalam kejadian letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan, disahkan meninggal dunia petang semalam.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 5.45 petang semalam semasa menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor.

Ia menjadikan angka yang terkorban kepada 2 orang termasuk seorang penuntut Institut Pentadbiran dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan yang maut di tempat kejadian.

Pada Ahad, pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaporkan seorang penuntut Institut Pentadbiran dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan maut di tempat kejadian ketika menjalani latihan lempar bom di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas Negeri Sembilan.

Selain mangsa, seorang lagi jurulatih turut cedera dan masih menerima rawatan di hospital serta kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa korban.

“Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin dan Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi,

“Gugurnya perajurit dalam latihan demi mempertahankan negara. Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan keredaan dengan ketentuan-Nya jua,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasminya malam tadi.

TUDM dalam kenyataan malam tadi, turut memaklumkan lembaga penyiasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

Justeru, semua pihak digesa tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai dan menghormati sensitiviti keluarga mangsa.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply