Home Pertahanan dan Keselamatan #PERTAHANAN: Anggota TUDM gugur, 2 cedera semasa jalani latihan bom tangan

#PERTAHANAN: Anggota TUDM gugur, 2 cedera semasa jalani latihan bom tangan

by M.Daim

GEMAS, 25 JUN – Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut ketika menjalani latihan lempar bom tangan, hari ini.

Perkara tersebut telah disahkan oleh TUDM dalam satu kenyataan.

“Berlaku satu insiden kejadian kemalangan melibatkan 3 anggota TUDM pada 25 Jun 2023. Insiden melibatkan anggota TUDM yang sedang menjalani latihan senjata bantuan dan lempar bom tangan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas,

“Kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 12.10 tengah hari mengakibatkan seorang penuntut meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Jelasnya, 2 lagi anggota yang terlibat dalam insiden tersebut mengalami kecederaan dan diberikan rawatan awal Hospital Tentera Darat Gemas dan telah dirujuk ke Hospital Segamat.

Menurut TUDM, pihaknya telah menghubungi waris anggota tentera yang terlibat.

“Kes kejadian telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

“Seterusnya, TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,kata kenyataan itu.  – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply