Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Nurul Atiqah pengadil wanita pertama Malaysia kendali Kejuaraan Futsal Kelab AFF 2023

Nurul Atiqah pengadil wanita pertama Malaysia kendali Kejuaraan Futsal Kelab AFF 2023

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Laskar Kanan JJM Nurul Atikah Janah @ Zainal melakar sejarah tersendiri apabila telah menjadi pengadil perlawanan Final Kejuaraan Futsal Kelab AFF 2023 di antara kelab Thailand, Hongyen Thakam dan kelab Indonesia, Black Steel FC di Terminal 21 Korat, Thailand pada Ahad lalu.

Pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memaklumkan, Nurul Atiqah, 30, yang kini berkhidmat di Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Laut itu merupakan seorang atlet tenis yang masih aktif mewakili TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut TLDM, Nurul Atiqah mula berjinak dalam bidang pengadilan bola sepak pada tahun 2017 sebagai pengadil kebangsaan Kelas 3 dan pada tahun 2021 telah memulakan karier sebagai Pengadil Bola Sepak Kebangsaan Kelas 1.

Beliau adalah satu-satunya pengadil wanita yang mengadili perlawanan Liga Futsal Primier Malaysia (MPFL) 2022 bagi kategori Lelaki dan Wanita dan juga merupakan antara 20 pengadil terbaik yang mengadili Piala Malaysia Futsal 2022.

“Pengalaman sebagai pengadil bukan mudah, saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dengan tahap kecergasan di tahap terbaik. Undang-undang permainan juga perlu dikemaskini sebilang masa,” ujar Nurul Atikah.

Di sebalik kejayaan mengharumkan nama TLDM di persada antarabangsa, Nurul Atikah tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dan tugas hakiki sebagai staf Jasmani.

“Bagi beliau, sukan bukan penghalang untuk bekerja selagi kita tahu bagaimana cara menguruskan dan berkomunikasi dengan baik dengan Pegawai serta rakan sekerja,” jelasnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply