Home Teknologi Pertahanan F-22A Raptor tiba di Filipina, US akui jet pejuang FA-50 tangkas dan berbisa

F-22A Raptor tiba di Filipina, US akui jet pejuang FA-50 tangkas dan berbisa

by M.Daim

MANILA, 21 Mac – Jet pejuang F-22A Raptor Tentera Udara Amerika Syarikat (U.S Air Force, USAF) telah melaksanakan operasinya yang pertama di Filipina.

Menurut USAF dalam satu kenyataan, jet pejuang generasi ke-5 keluaran Lockheed Martin itu tiba di Pangkalan Udara Clark bagi tujuan latihan.

Latihan selama 2 hari itu menyaksikan operasi penerbangan bersama dan latihan tempur antara F-22A dengan FA-50PH.

“Kedua-dua pesawat telah melaksanakan penerbangan bersama dan kemudiannya mempamerkan keupayaan masing-masing,” kata kenyataan itu.

Jelas USAF, F-22A mempunyai keupayaannya tersendiri. Kenyataan itu juga turut memperakui keupayaan FA-50PH.

“FA-50 merupakan pesawat tempur ringan yang amat dikenali dengan kelajuan dan ketangkasannya,” kata kenyataan itu.

Amerika Syarikat melihat gandingan F-22A dan FA-50 sebagai satu kombinasi yang ampuh. Foto: USAF/SENIOR AIRMAN JESSI ROTH

Sementara itu, juruterbang F-22A menyatakan FA-50 mampu menjadi gadingan kombo yang padu dengan Raptor.

“Dengan keupayaan FA-50 untuk melaksanakan serangan tepat dan kemampuan Raptor untuk menguasai ruang udara, kedua-dua pesawat ini mampu menjadi satu kombinasi yang ampuh,” kata Captain Joe Baumman, juruterbang F-22A Raptor yang dipetik oleh kenyataan USAF.

Seperti yang kita sedia maklum, FA-50 keluaran Korea Aerospace Industries (KAI) telah pun dipilih menjadi pesawat FLIT/LCA untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Berdasarkan ucapan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat, FA-50 yang akan diterima oleh Malaysia merupakan FA-50 Block 20.

Menurut beliau, faktor rekod dan spesifikasi pesawat menjadikan jet pejuang ringan keluaran Korea Selatan itu menjadi pilihan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!