Home Semasa Cagar caruman KWSP untuk pinjaman bank tidak melanggar undang-undang – Perdana Menteri

Cagar caruman KWSP untuk pinjaman bank tidak melanggar undang-undang – Perdana Menteri

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pinjaman bank dengan cagaran wang caruman mereka tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan telah merujuk kepada pihak KWSP dan Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat undang-undang berkenaan perkara itu.

Menurutnya kepentingan peminjam juga dipelihara melalui kaedah berkenaan apabila dividen masih diteruskan KWSP walaupun diberikan cagaran.

“Umpamanya RM50,000 sebagai pinjaman, tetapi dividen itu akan diberikan sepenuh ikut kumpulan asal. Jadi tidak dipotong (dividen),” katanya pada Waktu PertanyaanPertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) mengenai adakah kaedah cagaran itu melanggar Akta KWSP, dan sama ada Perdana Menteri mendapatkan nasihat Peguam Negara mengenai hal berkenaan. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply