Home Semasa Wisma Jakel Shah Alam terbakar lagi

Wisma Jakel Shah Alam terbakar lagi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Wisma Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 terbakar lagi dalam kejadian awal pagi tadi selepas 3 hari kejadian sama berlaku pada Ahad lalu.

Kebakaran di bangunan Wisma Jakel itu membabitkan satu bilik simpanan kain langsir berkeluasan 2.78 meter persegi (30×40 kaki persegi) di tingkat 3.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 12.40 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi kemudiannya.

“Api berjaya dipadamkan keseluruhannya oleh pihak bomba pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat,

“Seramai 43 anggota dan pegawai ditugaskan untuk memadamkan kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum itu, gedung tekstil terkenal itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Januari lepas dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi dan telah berjaya dipadamkan.

Premis tersebut dilaporkan terbakar 80 peratus, dipercayai akibat litar pintas sehingga memusnahkan bahagian dalam bangunan.

Susulan, itu JBPM Selangor turut telah menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel, semalam. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply