Home SemasaDatuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10

by M.Daim
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini berkenan untuk melantik Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Keputusan dibuat selepas Baginda berkenan untuk mewasalkan kepada Raja-Raja Melayu proses pelantikan Perdana Menteri baharu selepas Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15).

“Proses tersebut adalah bagi membolehkan Baginda membuat keputusan untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin dapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,

“Setelah memperhalusi titah pandang Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Tambun sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

Menurut beliau, Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja diadakan bagi mendapatkan pandang Raja-Raja Melayu untuk membolehkan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply