Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Kerajaan Persekutuan: GPS setuju bersama PN, BN dan GRS – Abang Johari

Kerajaan Persekutuan: GPS setuju bersama PN, BN dan GRS – Abang Johari

by Nurulhuda

KUCHING, 20 Nov – Gabungan Parti Sarawak (GPS) memutuskan untuk membentuk kerajaan Persekutuan bersama 4 lagi gabungan parti politik Semenanjung dan Sabah.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, kerajaan campuran bersama GPS itu terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata, keputusan itu dibuat demi mengukuhkan dan menstabilkan negara serta kesejahteraan rakyat.

“Kita sedia maklum, tiada sesebuah parti mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan setelah selesai Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15), semalam,

“Dunia dan negara kita bakal berhadapan dengan cabaran krisis ekonomi sekarang dan keadaan dijangka akan menjadi lebih genting pada tahun hadapan,

“Demi untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara kita terpelihara maka sebuah kerajaan yang stabil dan kuat harus lah dibentuk dengan kadar yang segera,

“Dengan itu, GPS telah mengambil keputusan dan tindakan tersebut demi untuk mengukuh dan menstabilkan negara dan kesejahteraaan rakyat, jelasnya dalam sidang media, pada Ahad.

Jesteru itu, beliau berkata, GPS bersetuju membentuk gabungan (coalition) antara BN, PN dan GRS bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang stabil dan kukuh demi rakyat berasaskan 3 ketetapan.

“Menegakkan keluhuran perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Sarawak dan kedaulatan undang-undang yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC),

“Menegakkan hak kebebasan beragama dan amalan kepelbagaian adat resam dan budaya di Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan IGC Autonomi dari segi perancangan pembangunan pendidikan dan kesihatan serta perkara-perkara lain yang mempunyai kepentingan Sarawak,

“Fokus dan tanggungjawab utama kita sekarang haruslah kepada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Dalam sidang media yang sama, Abang Johari turut memberitahu bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi pilihan mereka sebagai calon Perdana Menteri yang seterusnya.-airtimes.m

Related Articles

Leave a Reply