Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Azmin, Mahiaddin dan Hamzah gagalkan hasrat Anwar nak jadi PM – Tun M – Air Times News Network
Home Politik Azmin, Mahiaddin dan Hamzah gagalkan hasrat Anwar nak jadi PM – Tun M

Azmin, Mahiaddin dan Hamzah gagalkan hasrat Anwar nak jadi PM – Tun M

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri ke-7 pada 2020 lalu bukan faktor utama menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh.

Tun M mengulas dakwaan bahawa peletakan jawatan oleh beliau pada 2 tahun lalu telah menyebabkan Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi Perdana Menteri selepas kerajaan PH runtuh.

“Anwar dan penyokong-penyokong PH tidak henti-henti tuduh saya tidak tepati janji untuk serah jawatan PM kepadanya,

“Selain itu, tak habis-habis salahkan saya kerana tak bincang letak jawatan,

“Saya nak terang sekali lagi, peletakan jawatan oleh saya tidak menyebab jatuhnya Kerajaan PH. Dan jika Kerajaan PH tidak jatuh maka ia boleh sahaja namakan Anwar ganti saya,” kata bekas Perdana Menteri dalam satu hantaran.

Menurut Tun M, Anwar Ibrahim mungkin akan menjadi PM selepas beliau meletakkan jawatan. Beliau turut menyatakan pelantikan beberapa orang PM Britain dalam tahun ini perlu diambil sebagai contoh.

“United Kingdom, negara yang sistem Westminsternya kita ikuti, apabila PMnya letak jawatan, parti yang memerintah tentukan siapa yang harus ganti,

“Liz Truss baru-baru ini tidak bincang dengan pemimpin lain untuk letak jawatan. Dia letak jawatan apabila merasa tidak dapat sokongan. Begitu juga yang saya lakukan,

“Bezanya, Parti Konservatif masih menjadi Kerajaan walaupun Theresa May, Boris Johnson, Liz Truss letak jawatan. Sekarang Rishi Sunak jadi PM Kerajaan Konservatif,” jelasnya.

Dalam pada itu, Tun Mahathir menegaskan keruntuhan kerajaan PH adalah berpunca daripada Langkah Sheraton.

“Yang menjatuh Kerajaan PH ialah Mahiaddin, Hamzah dan Azmin yang menarik keluar ramai ahli mereka dari PH sehingga hilang majoriti dan jatuh,

“Jadi salahkan Azmin, Hamzah dan Mahiaddin dan pengikut mereka yang terlibat dengan Langkah Sheraton yang menyebabkan Anwar tidak dapat jadi PM,

“Anwar juga bersalah kerana ia membuat Azmin dan beberapa ahli-ahli Parlimen PKR bersekongkol dengan Mahiaddin,

‘Jangan asyik nak salahkan saya,” kata Tun M. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?