Home Politik PRU15: SPRM lancar bilik gerakan seluruh negara

PRU15: SPRM lancar bilik gerakan seluruh negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan di seluruh negara bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

SPRM dalam satu kenyataan berkata, kesemua bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam mulai 5 hingga 19 November ini dan boleh dihubungi menerusi talian seperti berikut:

  1. Ibu Pejabat SPRM 03-8891 1037
  2. Pejabat SPRM Kuala Lumpur 03-9206 5195
  3. Pejabat SPRM Selangor 03-5524 8318
  4. Pejabat SPRM Negeri Sembilan 06-762 5446
  5. Pejabat SPRM Melaka 06-289 6011
  6. Pejabat SPRM Johor 07-231 6170
  7. Pejabat SPRM Perak 012-490 5986
  8. Pejabat SPRM Pahang 09-571 6027
  9. Pejabat SPRM Kedah 04-700 1880
  10. Pejabat SPRM Pulau Pinang 04-229 9262
  11. Pejabat SPRM Terengganu 09-630 1920
  12. Pejabat SPRM Kelantan 09-766 1970
  13. Pejabat SPRM Perlis 04-976 3982
  14. Pejabat SPRM Sabah 088-488 381
  15. Pejabat SPRM Sarawak 082-467 701
  16. Pejabat SPRM Labuan 087-427 198

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel [email protected].

Dalam pada itu, SPRM mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply