Home Semasa Kes rasuah projek solar: Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM970 juta

Kes rasuah projek solar: Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM970 juta

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah didapati bersalah atas 3 tuduhan rasuah membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan denda sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply