Home Semasa Bantuan Khas Kewangan 2023: Penjawat awam dapat RM700, pesara RM350

Bantuan Khas Kewangan 2023: Penjawat awam dapat RM700, pesara RM350

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 bernilai RM700 kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 untuk pesara kerajaan.

BKK ini juga akan dberikan kepada veteran tidak berpencen pada Januari 2023.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat serta Menteri Kabinet. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply