Home Semasa Pesawat terhempas: Jurulatih penerbangan maut, seorang cedera parah

Pesawat terhempas: Jurulatih penerbangan maut, seorang cedera parah

by Air Times News Network

IPOH, 2 Ogos – Sebuah pesawat ringan jenis Piper 28-161 milik BATS Aviation Sdn Bhd yang dinaiki 2 jurulatih penerbangan telah terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, malam tadi.

Ketua Polis Perak, Komisioner Polis Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 52 dan 62 tahun itu merupakan jurulatih di Sekolah Penerbangan BATS Aviation, Ipoh.

“Pihak bomba telah berjaya mengeluarkan kedua-duanya mangsa dan didapati salah seorang daripadanya telah pun meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Jelasnya, pihak polis telah menerima maklumat pada jam 8 malam yang memaklumkan kejadian pesawat terhempas.

Mior Faridalathrash berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut menjelaskan pesawat tersebut sedang menjalani latihan penerbangan di Sungai Pinji. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply