Home Semasa Agong cemar duli rasmi pusat hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah Taman Melati

Agong cemar duli rasmi pusat hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah Taman Melati

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Jul – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli merasmikan Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Taman Melati, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin menjelaskan, perasmian tersebut adalah bersempena hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke-63 pada 30 Julai nanti.

Baginda turut meluangkan masa menyantuni serta beramah mesra bersama pesakit-pesakit yang menjalani rawatan di YASA tersebut.

“Pusat Hemodialisis YASA Taman Melati merupakan pusat hemodialisis keempat yang telah ditubuhkan dan dilengkapi dengan 12 mesin dialisis,

“Ianya atas kerjasama antara YASA, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta syarikat-syarikat swasta dan para dermawan yang telah menghulurkan bantuan serta sumbangan bagi menjayakan penubuhannya,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pusat hemodialisis YASA Taman Melati beroperasi pada Isnin hingga Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang serta ditaja sepenuhnya oleh yayasan tersebut.

Ahmad Fadil menjelaskan, pusat ini merupakan organisasi kebajikan yang tidak berorientasikan keuntungan malah baginda berprihatin terhadap pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kronik dan tidak berkemampuan khususnya golongan M40 serta B40.

“Penubuhan pusat-pusat hemodialisis YASA bertujuan menyahut seruan dan membantu kerajaan kerana pesakit memerlukan rawatan yang ramai dengan jumlah kes baharu mencecah 8,000 kes setahun,” ujarnya.

Tegasnya, YASA turut merancang untuk membuka sebuah lagi pusat hemodialisis di Pahang awal tahun depan dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5 pusat.

Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MAIWP, JAWI serta agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam usaha menjayakan penubuhan Pusat Hemodialisis YASA Taman Melati.

“Seri Paduka Baginda menyeru lebih ramai individu dan lebih banyak lagi pihak swasta untuk tampil membantu golongan sasar ini mendapatkan rawatan hemodialisis menerusi tajaan dan subsidi rawatan,

“Lebih-lebih lagi ketika ini rakyat masih lagi tertkesan impak pandemik COVID-19 kepada sosio-ekonomi mereka,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply