Home Semasa 12 warga Bangladesh telah diberi kerakyatan Malaysia

12 warga Bangladesh telah diberi kerakyatan Malaysia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Jul – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, sebanyak 12 orang warganegara Bangladesh telah dianugerahkan dengan taraf kewarganegaraan Malaysia dari tahun 2010 hingga 30 Jun 2022.

“Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jumlah permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan yang telah dimohon oleh warganegara Bangladesh dari 2010 hingga 30 Jun 2022 adalah sebanyak 55 permohonan,

“Daripada jumlah tersebut, seramai 12 pemohon dianugerahkan dengan taraf kewarganegaraan Malaysia,” katanya dalam pertanyaan jawapan lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Jawapan tersebut bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong yang meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan secara terperinci kriteria dan jumlah warganegara Bangladesh telah diberikan kerakyatan Malaysia bagi tahun 2010, hingga 2021 masing-masing.

Menurutnya, statistik kelulusan permohonan warganegara Bangladesh adalah pada 2010 sebanyak 3, 2011 (3); 2013 (1); 2014 dan 2015 (2) serta 2016 (1). – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply