Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Mata di angkasa: Sistem IR dron kesan pencerobohan PATI di sempadan

Mata di angkasa: Sistem IR dron kesan pencerobohan PATI di sempadan

by Nurulhuda

Biarpun bersaiz kecil, dron merupakan salah satu elemen penting dalam membantu pihak berkuasa mengekang pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui Operasi Benteng (Op Benteng) di sempadan negara.

Pegawai Operasi, Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Leftenan Imran Ahmad (bukan nama sebenar) berkata, anggotanya telah diaturgerakkan ke kawasan operasi untuk membantu pasukan menjadi mata bagi mengesan saki baki kemasukan PATI dengan menggunakan sistem Inframerah (Infrared, IR) yang terdapat pada dron.

Menurutnya, berbekalkan dron yang berkeupayaan IR, ia akan diterbangkan di sekitar kawasan pendaratan bagi mengesan PATI yang cuba melarikan diri dan bersembunyi dari pihak berkuasa.

“Tim Dron diaturgerakkan sebaik sahaja menerima maklumat dari pasukan yang beroperasi di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) bagi mengesan kemasukan PATI di lokasi yang dikenalpasti,

“Kami mempunyai dron yang mempunyai kredibiliti IR ataupun pengesan haba yang dikeluarkan oleh sesuatu objek,

“Dengan menggunakan IR ini kami dapat mengesan objek yang panas dan di dalam skrin remote control akan keluar haba yang membezakan antara orang serta objek yang lain,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, haba yang dihasilkan oleh badan PATI akan menjadi petunjuk kepada tim berkenaan lokasi persembunyian sehingga membolehkan anggota operasi membuat tangkapan terhadap mereka.

“Setelah mengesan lokasi, keadaan serta objek melalui haba, kami salurkan maklumat tersebut kepada pasukan induk untuk tindakan lanjut,

“Kemudian, anggota operasi akan diaturgerak ke lokasi untuk membuat pemeriksaan atau tahanan sekiranya ia betul-betul PATI,” tambahnya.

Sementara itu, beliau menjelaskan penggunaan dron yang bersaiz kecil, mudah dan cepat untuk dioperasikan serta mempunyai sistem IR merupakan faktor utama dron ini digunakan dalam Op Benteng.

“Walaupun dron ini kecil tapi krediabiliti dron yang ada dapat memenuhi pengoperasian kami. Jadi tiada masalah samada ianya kecil, besar atau sederhana. Dari segi saiz tiada masalah,

“Tapi kita bergantung dengan apa yang dron itu mampu buat. Itu yang paling penting. Jadi untuk penugasan Op Benteng di sini, dron yang dibekalkan dengan teknologi thermal ini adalah sangat bersesuaian dan menepati serta memenuhi pengoperasian Op Benteng di sempadan negara,” jelasnya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply