Home Semasa COVID-19: 3,300 jangkitan baharu, 9 kematian direkodkan

COVID-19: 3,300 jangkitan baharu, 9 kematian direkodkan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Jul – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 3,300 kes baru COVID-19 telah direkodkan di seluruh negara, semalam.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 meningkat kepada 4.654 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM, kes aktif kini berjumlah 46,316, meningkat 29.8 peratus berbanding 14 hari lalu.

Manakala, sebanyak 9 kematian baharu akibat wabak COVID-19 termasuk 3 melibatkan kes di luar fasiliti hospital, brought-in-dead (BID) direkodkan pada Isnin.

“Sebanyak 2 kematian dilaporkan di Johor diikuti Perak (2), Selangor (2), Sabah (1), Terengganu (1), dan Putrajaya (1),” menurut data itu.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,923 kematian akibat COVID-19 direkodkan di seluruh negara.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply