Home Pertahanan dan Keselamatan ESSCOM lancar Operasi Gasak Laut, roboh bagang haram di Kudat

ESSCOM lancar Operasi Gasak Laut, roboh bagang haram di Kudat

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 26 Jul – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut bagi merobohkan bagang-bagang haram yang terdapat di sekitar perairan Kudat, Khamis ini.

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Polis Hamzah Ahmad berkata, operasi yang akan dilaksanakan melibatkan agensi dari Polis Diraja Malaysia (PDRM); Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perikanan negeri tersebut.

Beliau menjelaskan, hasil pemantauan pihak berkuasa mendapati bilangan bagang haram di perairan negeri tersebut semakin bertambah dan membimbangi akan memberikan ancaman terhadap keselamatan negera dan masyarakat setempat.

“Operasi akan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 48(1)(j); Enakmen Taman-Taman Sabah 1984 (Pindaan 2007); Seksyen 11(3)(c); Akta Perikanan 1985 dan undang-undang lain yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegasnya, pihak berkuasa akan mengeluarkan notis pengosongan dan perobohan ke atas bagang-bagang haram semasa operasi dijalankan.

Tambahnya lagi, ESSCOM menasihatkan mana-mana individu yang mempunyai bagang haram agar segera mengosongkan dan merobohkan struktur berkenaan sebelum diambil tindakan pihak berkuasa. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply