Home PolitikPakatan Harapan Rafizi ketuai jentera perang pilihan raya PKR – Anwar

Rafizi ketuai jentera perang pilihan raya PKR – Anwar

by Air Times News Network

PETALING JAYA, 21 Jul – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Timbalannya, Rafizi Ramli untuk mengetuai jentera perang pilihan raya parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Beliau berkata, Rafizi akan dibantu oleh 4 Naib Presiden yang baharu serta pengarah pilihan raya yang lalu, Fuziah Salleh.

“Beliau (Rafizi) akan diberi wewenang (kuasa) untuk bergerak secepat mungkin bagi memperkuatkan jentera pilihan raya parti,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pertama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR penggal 2022-2025, malam tadi.

Pada masa sama, Anwar mengumumkan pelantikan Naib Presiden Nurul Izzah Anwar, Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, K Saraswathy dan Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari.

Manakala, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan meneruskan tugas sebagai Setiausaha Agung, manakala Bendahari Agung pula ialah William Leong.

“Ketua Setiausaha Pengelola, iaitu jawatan yang diperuntukkan dalam perlembagaan yang mesti dilantik dalam kalangan ahli MPP, iaitu Zahir Hassan dari Wilayah Persekutuan,

Katanya, mesyuarat MPP juga melantik 5 ahli MPP yang juga dilantik kali ini dan dipersetujui iaitu Manivannan Gowindasamy, tokoh lama bergerak dalam parti, Christina Liew dari Sabah (Ahli Parlimen Tawau), Rodziah Ismail (Exco Selangor lama berkecimpung dalam kegiatan wanita).

“Turut dilantik Abun Sui Anyit dari Sarawak dan seorang tokoh muda dari Johor yang bergerak aktif dalam AMK, walaupun dia sekarang Ketua Cabang Tebrau, R Yusneswaran,” katanya. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply