Home Semasa Lagi lelaki hina Islam, Nabi Muhammad di Facebook ditahan

Lagi lelaki hina Islam, Nabi Muhammad di Facebook ditahan

by Nurulhuda

KOTA BHARU, 19 Jul – Polis Kelantan menahan seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun yang didakwa mempersenda dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW menerusi satu hantaran video di media sosial Facebook, semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya telah melakukan serbuan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang pada pukul 11.30 pagi sejurus menerima laporan berkaitan perbuatan lelaki itu yang menghina agama Islam menerusi akaun Facebook Saidinar Dina (Bos Dina).

“Hasil soal siasat, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW,

“Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis methaphetamine,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995.

Tambahnya, permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan hari ini (19 Jul 2022). -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply