Home SemasaGlobal Suspek akui ada dendam peribadi dengan Shinzo Abe

Suspek akui ada dendam peribadi dengan Shinzo Abe

by M.Daim

TOKYO, 9 Jul – Suspek pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun telah membuat pengakuan serangan dilakukan atas motif dendam.

Bekas pegawai Pasukan Pertahanan Laut Jepun (JMSDF), Tetsuya Yamagami, 41 tahun menyatakan dia memang mempunyai niat untuk membunuh Shinzo Abe.

“Tetsuya mengatakan ibunya terlalu obses dengan satu kumpulan keagamaan yang didakwa dipromosikan oleh Abe sehingga menyebab perpecahan dalam keluarga,

“Obsesi oleh ibu suspek telah menyebabkan keluarganya mengalami masalah kewangan,” lapor akhbar Manichi yang memetik sumber terlibat dalam siasatan kes.

Jelasnya, suspek menolak serangan tersebut adalah bersifat politik.

Tetsuya turut dilaporkan tidak bekerja semenjak Mei lalu.

Semalam, Shinzo Abe, 67 tahun disahkan meninggal dunia selepas ditembak ketika menyampaikan ucapan dalam satu majlis ringkas di Nara. Dalam kejadian tersebut, Shinzo Abe mengalami kecederaan di bahagian leher dan dada akibat terkena tembakan senjata api buatan sendiri.

Suspek telah berjaya diberkas sebaik sahaja kejadian berlaku dan Abe telah dikejarkan ke hospital.

Namun begitu, pasukan perubatan gagal menyelamatkan tokoh politik Jepun itu dan beliau diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 5.03 petang waktu Jepun.

Majlis pengebumian Abe dijangka akan dilaksanakan pada Selasa ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply