Home SemasaGlobal Bekas PM Jepun, Shinzo Abe meninggal dunia

Bekas PM Jepun, Shinzo Abe meninggal dunia

by M.Daim

TOKYO, 8 Jul – Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah disahkan meninggal dunia, hari ini.

Berita kematian beliau telah diumumkan oleh stesen televisyen NHK.

Abe, 67 tahun sebelum ini mengalami kecederaan parah selepas ditembak dengan senjata shot gun oleh seorang individu ketika menghadiri majlis politik di bandar Nara.

Suspek telah berjaya ditahan oleh pihak polis Jepun sejurus kejadian berlaku.

Shinzo Abe merupakan Perdana Menteri Jepun sebanyak 2 kali iaitu pada 2006-2007 dan 2012 hingga 2020. Beliau merupakan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Negara Matahari Terbit itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?