Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kecewa tiada Mesyuarat Khas RUU Anti Lompat Parti, pemimpin PH akan bertemu PM – Air Times News Network
Home PolitikPakatan Harapan Kecewa tiada Mesyuarat Khas RUU Anti Lompat Parti, pemimpin PH akan bertemu PM

Kecewa tiada Mesyuarat Khas RUU Anti Lompat Parti, pemimpin PH akan bertemu PM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan isu berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

Majlis Pesiden PH dalam kenyataan bagaimanapun, berharap agar RUU tersebut akan dapat dibentang, dibahas dan diluluskan pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai ini.

“Majlis Presiden PH menimbulkan rasa kecewa di atas kegagalan kerajaan memanggil sidang khas Dewan Rakyat khusus untuk membentang RUU Anti Lompat Parti seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini,

“Dengan meluluskan RUU ini, maka 15 dari 18 Perkara dalam Memorandum Persefahaman (MOU) di antara PH dan Kerajaan Persekutuan akan tercapai, bersamaan dengan 83 peratus,” jelas kenyataan itu.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Menurut PH, 3 perkara MOU masih perlu dilaksana adalah menetapkan had 2 penggal atau 10 tahun bagi Perdana Menteri, membentang RUU perkhidmatan Parlimen dan meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Oleh itu, pimpinan utama PH akan mengadakan pertemuan segera dengan perdana menteri bagi membincang RUU Anti-Lompat Parti serta perkara-perkara di atas,” katanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?