Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PDRM bongkar kegiatan sindiket dadah terbesar, rampas RM2.1 juta ganja – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan PDRM bongkar kegiatan sindiket dadah terbesar, rampas RM2.1 juta ganja

PDRM bongkar kegiatan sindiket dadah terbesar, rampas RM2.1 juta ganja

by Air Times News Network

PULAU PINANG, 13 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar jenis ganja bernilai RM2.1 juta dalam 2 serbuan berasingan di Sungai Bakap dan Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Komisioner Polis Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan dilakukan pada 10 dan 11 Jun lalu.

Menurut beliau, serbuan yang dijalankan JSJN Bukit Aman dan Pulau Pinang berjaya menahan seramai 8 lelaki yang terdiri daripada 6 warga tempatan serta 2 warga Thailand berumur 35 hingga 59 tahun.

“Hasil serbuan yang dilancarkan JSJN telah berjaya merampas 848 bungkusan dadah jenis ganja yang dianggarkan seberat 840 kilogram (kg),

“Sindiket ini telah dikesan aktif sejak penghujung tahun 2021 dan modus operandi adalah dengan menyeludup masuk ganja daripada Selatan Thailand melalui perairan Malaysia dan mengedarkannya untuk pasaran tempatan,” katanya dalam sidang media di Dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah 39(B) dan kesemua suspek telah direman selama 7 hari bermula 11 Jun.

Tegasnya lagi, saringan awal polis terhadap kesemua suspek mendapati 4 daripadanya positif dadah jenis ganja dan seorang lagi morfin.

Dalam pada itu, semakan lampau kesemua suspek mendapati 5 daripada mereka mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah.

“JSJN turut menyita pelbagai aset bernilai RM80,000 yang melibatkan 3 buah kenderaan,

“Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan adalah RM2.2 juta,” ujarnya -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?