Home SemasaGlobal Kami perlukan bantuan dan doa umat Islam dari seluruh dunia – Mufti Ukraine

Kami perlukan bantuan dan doa umat Islam dari seluruh dunia – Mufti Ukraine

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Wf_J-jKLgU4[/embedyt]

KYIV, 13 Mac – Mufti Ukraine, Sheikh Said Ismagilov menyeru umat Islam di seluruh dunia untuk membantu Ukraine.

Beliau menyatakan perkara tersebut melalui satu siaran video di akaun media sosial rasminya.

“Saya menyeru kepada umat islam di seluruh dunia untuk bersama kami,

“Bantu Ukraine dari segi kewangan, maklumat, doa dan apa saja yang anda boleh berikan,” katanya.

Menurut Ismagilov, Ukraine telah memberikan hak kebebasan beragama dan memperakui umat Islam Ukraine sebagai sebahagian daripada masyarakat negara itu.

Jelasnya, nasib agama Islam di Ukraine bergantung dengan situasi semasa peperangan.

“Kami, Ukraine adalah negara eropah yang membangun. Umat Islam Ukraine tetap menjadi sebahagian daripada negara ini,

“Oleh itu, saya menyeru umat Islam di seluruh dunia untuk bersama kami untuk mengalahkan tentera Rusia yang dipimpin oleh Putin,” ujarnya.

Sementara itu, Ismagilov menyuarakan kebimbangan beliau terhadap Masjid Sultan Suleiman di Mariupol.

“Ia merupakan salah satu masjid yang canik di Ukraine. Saya pernah menjadi imam di masjid tersebut selama sebulan,” ujarnya.

Sheikh Said Ismagilov merupakan rakyat Ukraine berbangsa Tartar. Beliau berusia 43 tahun dan merupakan anak kelahiran Donetsk, timur Ukraine.

Beliau telah menyertai pasukan pertahanan tempatan Ukraine pada 24 Februari 2022, hari pertama Rusia melancarkan serangan terhadap negaranya.

Ismagilov turut umat Islam di Ukraine untuk bangkit dan menyertai pasukan pertahanan tempatan bagi menentang serangan tentera Rusia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply