Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin patahkan cubaan seludup rokok ke Lahad Datu

Polis Marin patahkan cubaan seludup rokok ke Lahad Datu

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 14 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan cubaan seludup rokok tidak bercukai di sebuah pondok atas air di Lahad Datu, awal pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintenden Gan Pin Sin berkata, pasukannya telah melaksanakan pemantauan dan pemerhatian terhadap pondok tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat bungkusan rokok jenama Era yang disyaki cuba diseludup, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM14,810.00,

“Rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut, kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply