Home Semasa50 PPS diaktifkan bantu mangsa banjir di Kelantan

50 PPS diaktifkan bantu mangsa banjir di Kelantan

by Air Times News Network
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan sebanyak 53 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktifkan bagi menempatkan mangsa banjir di 6 daerah negeri Kelantan, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, PPS yang masih aktif adalah sebanyak 50 PPS. Sebanyak 1,618 keluarga yang melibatkan 4,563 mangsa telah dipindahkan.

“Sehingga semalam jam 2.00 petang, terdapat 6 daerah (Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Machang) yang terlibat dengan banjir,

“Bilangan PPS yang dibuka, jumlah keluarga dan bilangan mangsa masih menunjukkan tren peningkatan walaubagaimanapun sebanyak 3 PPS telah ditutup,” katanya.

Sementara itu, keadaan cuaca masih menunjukkan hujan berterusan serta angin kencang beberapa daerah di Kelantan.

“Kesemua Pusat Tanggungjawap (PTJ) diminta untuk sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan situasi akan menjadi lebih buruk,

“Bilik Gerakan Banjir Negeri dan Daerah yang terlibat telah diaktifkan bagi menyelaras dan memantau aktiviti kesihatan di PPS. Setakat ini belum ada fasiliti hospital yang terjejas banjir,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply