Home Pertahanan dan Keselamatan Op Murni: ATM kerah anggota, aset bantu mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan

Op Murni: ATM kerah anggota, aset bantu mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Operasi Murni (Op Murni) telah mengerahkan anggota dan aset bagi membantu memindah serta menyelamat mangsa banjir di Terangganu dan Kelantan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussin dalam satu hantaran di media sosialnya berkata, Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) telah mengaturgerakkan 21 Rejimen Askar Malayu Diraja (RAMD) bagi membantu mangsa banjir di Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan.

Manakala 16 RAMD pula digerakkan ke Hulu Terengganu dan 5 Rejimen Artileri Diraja (RAD) pula memberi bantuan di Besut, Terengganu.

Beliau berkata, ATM memberi perhatian penuh terhadap situasi banjir di beberapa kawasan terutama di Kelantan dan Terengganu ketika ini.

“InsyaAllah, ATM akan lakukan apa jua yang terdaya bagi membantu mangsa banjir di sana. Jaga diri dan keselamatan semua,” katanya.

Sementara itu, Markas ATM berkata, pasukannya tetap komited melaksanakan tugas sekunder dalam Op Murni bagi membantu agensi keselamatan lain melalui koordinasi Pusat Operasi Bencana (POB) untuk membantu memindahkan rakyat yang terjejas banjir.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi menyelamat telah dikerahkan bagi operasi memindah serta menyelamat mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan.

“NADMA telah diarahkan untuk memastikan kit makanan mencukupi di Pusat Permindahan Sementara (PPS),

“Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut membantu dalam memastikan pencegahan penularan COVID-19 dilaksanakan di PPS,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply