Home SemasaGlobal Proses damai segera diperlukan dalam konflik di Ukraine – Ismail Sabri

Proses damai segera diperlukan dalam konflik di Ukraine – Ismail Sabri

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 26 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, konflik Rusia-Ukraine perlu diselesai melalui dialog dan rundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau menggesa semua pihak yang terbabit agar segera mengambil langkah bagi mengelakkan kehilangan nyawa serta kemusnahan harta benda.

“Dalam keadaan yang kritikal ketika ini, semua usaha harus dilipatgandakan untuk mencari jalan penyelesaian dan perdamaian diantara kedua-dua negara melalui dialog dan rundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB,

“Malaysia akan terus menyokong setiap usaha yang dilakukan dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan demi kepentingan serantau dan antarabangsa,” katanya dalam sidang media di Bangkok hari ini.

Tambahnya lagi, Majlis Keselamatan PBB haruslah memainkan peranan dan tanggungjawab bagi memastikan keamanan antarabangsa dapat dikekalkan.

“Kedutaan Malaysia di Kiev sedang melaksanakan pemindahan baki 8 warganegara Malaysia dan 2 daripada mereka merupakan tanggungan dari Kiev,

“13 orang daripada warganegara kita sudah pun meninggalkan Ukraine pada minggu lepas,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply