Home Politik Maszlee nafi terlibat rasuah, sedia disiasat

Maszlee nafi terlibat rasuah, sedia disiasat

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 31 Jan – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maslee Malik menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan sebarang dakwaan rasuah seperti yang ditimbulkan sesetengah pihak.

Beliau menyifatkan dakwaan ini sebagai satu rekayasa dusta berbaur fitnah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Saya telah membaca laporan Malaysiakini bertarikh 30/1/2022 berhubung dakwaan rasuah melibatkan saya yang ditimbulkan oleh pihak tertentu,

“Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan rekayasa dusta berbaur fitnah ini,

“Saya melihat perkara ini sebagai satu usaha pembunuhan karakter berunsur jahat (mala fide) oleh pihak tertentu terhadap saya menjelang PRN Johor dan komitmen saya terhadap isu-isu pendidikan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan mengalu-alukan sebarang siasatan ke atasnya oleh pihak berkuasa.

“Hidup dan perjuangan saya adalah untuk memperjuangkan pendidikan, nasib OKU, nasib masyarakat miskin, kebajikan rakyat Simpang Renggam dan integriti bagi negara kita yang tercinta,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply