Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat cekup 2 tekong, 9 PATI Myanmar ceroboh sempadan negara

Tentera Darat cekup 2 tekong, 9 PATI Myanmar ceroboh sempadan negara

by Air Times News Network

KUALA NERANG, 31 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menahan 2 orang tekong warga tempatan dan 9 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) di sempadan Malaysia-Thailand, pada Sabtu.

Markas Briged Keenam Infantri Malaysia berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan pas sempadan dan memasuki negara ini melalui laluan tidak sah.

“Kesemua PATI yang ditahan telah di dokumentasi dan dibawa ke Hospital Kuala Nerang bagi menjalani pemeriksaan COVID-19,

“Turut dirampas adalah 2 buah kereta, telefon bimbit dan barang keperluan,” jelasnya kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 31,218.00.

“Kesemua PATI yang ditahan telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply