Home Semasa PKPD di 2 kawasan kluster Omicron ditamatkan lebih awal

PKPD di 2 kawasan kluster Omicron ditamatkan lebih awal

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Dua kawasan kluster varian Omicron yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditamatkan lebih awal daripada yang jadualkan.

PKPD berkenaan sebelum ini dilaksanakan di Felda Keratong 5 di Rompin, Pahang, mulai 6 Januari hingga 19 Januari bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad pada Jumaat mengumumkan PKPD di kawasan tersebut ditamatkan hari ini, iaitu 5 hari lebih awal.

Penempatan Felda itu merekodkan 2 kluster iaitu kluster Keratong 5 Saudi dan kluster Rumah Kedai Keratong 5 Saudi.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, 2 kes indeks kluster Keratong 5 Saudi disahkan mempunyai varian Omicron, manakala kes indeks kluster Rumah Kedai Keratong 5 Saudi adalah kes kemungkinan Omicron. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply