NEW DELHI, 14 Jan – Kerajaan Filipina telah mengesahkan pembelian peluru berpandu kruis Brahmos dari India.
Difahamkan perolehan tersebut adalah bernilai US$374.9 juta.
“Filipina telah menerima tawaran BrahMos Aerospace Pvt Ltd untuk membekalkan sistem peluru berpandu kruis untuk sistem pertahanan pantai negara itu,” lapor media India yang turut menyiarkan surat anugerah yang ditandatangani oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana.
Ini sekaligus menjadikan Filipina sebagai negara pelanggan eksport pertama peluru berpandu ini.
Peluru berpandu berkelajuan supersonik ini dibangunkan bersama oleh India dan Rusia dan mampu mengempur sasaran sejauh 600 – 650 kilometer.
Pada ketika ini, India merupakan satu-satunya negara yang menggunakan peluru berpandu Brahmos pada ketiga-tiga cabang angkatan tenteranya. – airtimes.my